Perutusan Presiden STIFIn MALAYSIA

Assalamualaikum dan Salam Sukses Mulia buat semua,

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat saya gagahi coretan ini.

Pada awal saya diperkenalkan dengan Konsep STIFin Personaliti oleh Penemu STIFIn En. Farid Poniman, saya menganggap ianya tidak lain dari penambahan ujian-ujian psikometrik yang telah sedia ada seperti MBTI, 16PF, DISC dan sebagainya. Malah keyakinan saya ternyata kosong pada waktu itu apatah lagi penemunya adalah seorang ‘Indonesia’ sedangkan  kebanyakan ujian-ujian psikometrik yang hebat datangnya dari negara barat.

Ternyata, setelah saya mendengar dan meneliti berkenaan konsep STIFIn ini ternyata sangkaan saya sangat jauh meleset. En. Farid Poniman telah menggarap konsep ini dengan baik berpandukan kepada teori-teori yang telah sedia ada. Hasil pemerhatian dan keterlibatannya selama lebih dari 10 tahun, Konsep STIFIn akhirnya dapat dihasilkan dengan sempurna yang mencakupi dari berbagai sudut.

Pada saya STIFIn Personaliti mampu menghuraikan rahsia terpendam diri anda yang selama ini tidak anda ketahui. Statmen ini bukanlah merupakan satu kata-kata kosong tetapi telah dibuktikan melalui kajian secara saintifik dan pemerhatian kepada lebih dari 10,000 orang responden.

Temuilah pakej terbaik diri anda, anak-anak, keluarga dan pekerja dalam organisasi melalui kaedah Ujian Imbasan Jari STIFIn. Insya-Allah, anda tidak akan menyesal dan pastinya hari-hari yang anda lalui akan menjadi lebih bermakna.

Allah S.W.T telah menjadikan setiap hambanya lengkap dengan pakej yang terbaik. Terpulanglah kepada kita untuk mencari dan menemui pakej tersebut seterusnya membawa kita ke arah hamparan ‘permaidani merah’ kehidupan kita.

Oleh yang demikian, pelajarilah dan dalamilah STIFIn Personaliti ini semoga anda akan menemui diri anda yang sebenar, kekuatan dan kelebihan serta kelemahan yang mana semuanya ini telah dihadirkan bersama-sama dengan anda sewaktu anda wujud di bumi ini. Saya sentiasa
mendoakan agar anda menemui apa yang anda cari seterusnya menemui kebahagiaan kehidupan anda di dunia dan di akhirat iaitu kehidupan yang kekal dan abadi.

Wasalam dan Selamat Sukses Mulia.

Putrajaya, Malaysia,
Dato’ Dr. Baha Hj. Nordin

STIFIn Malaysia HQ
207A, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

We Are Here To Assist You

contact us today

© 2020 STIFIn Malaysia HQ