- +60 13 911 5114
- admin@stifinmalaysia.com
- Isnin - Jumaat: 9:00 - 18:00
STIFIn Personaliti adalah satu model personaliti yang telah dibangunkan oleh Farid Poniman pada tahun 1999. Model ini telah dibangunkan oleh beliau di Indonesia secara bersama dengan Indrawan Nugroho dan Jamil Azzaini. Walau bagaimanapun, pada tahun 2013, Dato’Dr Baha Hj Nordin telah memperkenalkan model personaliti ini di Malaysia serta menubuhkan satu kumpulan pelatih bagi menyebar luaskan manfaatnya.
STIFIn Personaliti adalah nama ringkas yang dihasilkan daripada gabungan lima (5) personaliti diri manusia yang telah dikenal pasti iaitu (i) sensing; (ii) thinking; (iii) intuiting; (iv) feeling; dan (iv) instinct. Model Personaliti ini telah dikaji lebih daripada 15 tahun dan melibatkan seramai lebih 1 000 000 orang peserta. Bagi mengesahkan model ini, tiga orang tenaga pakar universiti di Malaysia telah menjalankan penyelidikan dan berjaya membuktikan reabilitinya melebihi 95% dengan koefisien alfa 0.849. Mereka ialah Prof Dr Mohammed Zin Nordin (UPSI), Dr Mohd Suhaimi Mohamad (UKM), dan Dr Wan Shahrazad Wan Sulaiman (UKM).
Model STIFIn Personaliti ini adalah salah satu bukti kebesaran Allah yang disebut dalam surah al-Fussilat yang bermaksud: “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”
[ Al Quran, Fussilat (41: 53) ]
STIFIn Personaliti adalah satu model personaliti yang telah dibangunkan oleh Farid Poniman pada tahun 1999. Model ini telah dibangunkan oleh beliau di Indonesia secara bersama dengan Indrawan Nugroho dan Jamil Azzaini. Walau bagaimanapun, pada tahun 2013, Dato’Dr Baha Hj Nordin telah memperkenalkan model personaliti ini di Malaysia serta menubuhkan satu kumpulan pelatih bagi menyebar luaskan manfaatnya.
STIFIn Personaliti adalah nama ringkas yang dihasilkan daripada gabungan lima (5) personaliti diri manusia yang telah dikenal pasti iaitu (i) sensing; (ii) thinking; (iii) intuiting; (iv) feeling; dan (iv) instinct. Model Personaliti ini telah dikaji lebih daripada 15 tahun dan melibatkan seramai lebih 1 000 000 orang peserta. Bagi mengesahkan model ini, tiga orang tenaga pakar universiti di Malaysia telah menjalankan penyelidikan dan berjaya membuktikan reabilitinya melebihi 95% dengan koefisien alfa 0.849. Mereka ialah Prof Dr Mohammed Zin Nordin (UPSI), Dr Mohd Suhaimi Mohamad (UKM), dan Dr Wan Shahrazad Wan Sulaiman (UKM).
Model STIFIn Personaliti ini adalah salah satu bukti kebesaran Allah yang disebut dalam surah al-Fussilat yang bermaksud:
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Al Quran, Fussilat; (41; 53).